Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Puluhan warga Palestin mengalami kecederaan selepas pihak berkuasa rejim Tel Aviv menyerang penunjuk perasaan yang berkumpul di luar pintu utama masjid al-Aqsa di al-Quds.
Keganasan yang terbaru itu tercetus pada hari Selasa setelah pihak berkuasa Israel menggunakan kekerasan untuk menyuraikan para penunjuk perasaan yang berkumpul untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan rejim Tel Aviv yang memperkenalkan beberapa sekatan baharu ke atas perkarangan rumah ibadah itu.
Menurut laporan tempatan, beberapa orang wartawan dan kanak-kanak turut mengalami kecederaan ekoran insiden terbaharu itu.
Pihak berkuasa Israel pada hari Selasa telah menanggalkan alat pengesan logam yang sebelum ini dipasang di pintu al-Asbat dan al-Nather di masjid tersebut. Akan tetapi, mereka mengekalkan kamera pemantau untuk memerhatikan warga Muslim yang datang untuk beribadah di masjid itu.
Pihak berkuasa Palestin menolak tindakan rejim dan berkata bahawa mereka perlu menamatkan segala bentuk sekatan yang diamalkan di perkarangan tersebut. -ABNA24
/315
26 Julai 2017 - 02:28
News ID: 844270
Puluhan warga Palestin mengalami kecederaan selepas pihak berkuasa rejim Tel Aviv menyerang penunjuk perasaan yang berkumpul di luar pintu utama masjid al-Aqsa di al-Quds.